Isnin, 25 Mei 2009

Keris Taming Sari dan Megat Terawis




KERIS TAMING SARI

Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka,yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.
Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas.Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar diudara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh.Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda.Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera.Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anaknda baginda Raja Mudzaffar Shah,yang kemudiannya berangkat ke Perak.

Pada masa ini Keris Taming Sari adalah menjadi alat-alat Kebesaran Negeri Perak.

KRIS TAMING SARI (ENGLISH VERSION)

This Kris was the symbol of Office of the Chief Warrior of Malacca,the post of which was last held by the great Malay Warrior of the fifteenth century,Hang Tuah.
The entire sheath is enveloped with golden leaves.The Kris is said to possess a supernatural ability to rotate through the air in pursuit of its target.It is believed that Hang Tuah had handed the Kris to Tun Mamat to deliver it to the Sultan of Malacca,after having failed to bring back the Princess of Mount Opir(Gunung Ledang)for the Sultan.
During the Portugese invasion,Sultan Mahmud brought the Kris along with him in his escape to Kampar,Sumatra.He later bestowed the Kris on his son,Raja Mudzaffar,whom he commanded to become the first Sultan of Perak.Raja Mudzaffar brought the Kris along with him to Perak and since then it was become one of the Article of the State Regalia.

MEGAT TERAWIS -Bendahara Paduka Raja Perak

Asal Usul Megat Terawis

Nama sebenarnya ialah Megat Terawis Ibni Almarhum Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung Megat Terawan.Beliau berasal dari keluarga diraja Pagar Ruyung dan menetap di Kampar.(Kerabat diraja Kampar berasal dari kerabat diraja Pagar Ruyung juga).Sewaktu di Kampar,beliau menjadi seorang pendidik ilmu peperangan terutamanya ilmu persilatan.
Isterinya bernama Puteri Ratna Seri Bani-juga seorangkerabat diraja Pagar Ruyung.Hasil daripada perkahwinan ini,maka lahirlah Puteri Ratna Kemala Jamilah.Puteri ini merupakan Permaisuri Pagar Ruyung kerana menjadi isteri kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung Sultan Alif Berkilap Alam Shah.
Antara cucu-cucu Megat Terawis adalah Yamtuan Barandangan(kemudian Daulat Yang Dipertuan Paduka Seri Sultan Ahmad Alam Shah),Yamtuan Mangun(kemudian Daulat Yang Dipertuan Sultan Maharaja Diraja Alam Shah,Yamtuan Buyung(disebut Yamtuan Perak) serta Yamtuan Badrun Shah(kemudian Tuanku Raja Sumpur Raja Ibadat)

Daripada susur galur ini,dapatlah disimpulkan bahawa Megat Terwais sudah pun mempunyai kedudukan sewaktu di Kampar kerana:

1) beliau dan isteri sememangnya kerabat diraja
Pagar Ruyung.
2) beliau juga berbesan dengan Sultan Alif
Berkilap Alam-Raja Alam Minangkabau yang
begitu popular di zamannya.
3) Keluarganya di Kampar memegang tampuk peme-
rintahan di Pagar Ruyung.

Dari Kampar ke Perak

Sewaktu Sultan Mahmud Shah Melaka berpindah ke Kampar,keluarga Megat Terawis mempunyai hubungan yang rapat dengan kerabat diraja Melaka serta para pembesarnya.Megat Terawis sendiri bersahabat rapat dengan Raja Muzaffar.Apabila rombongan dari Perak yang diketuai oleh Tun Saban dan Nakhoda Kassim menjemput Raja Muzaffar untuk dirajakan di Perak,Raja Muzaffar telah meminta sendiri agar Megat Terawis serta isteri mengiringi baginda ke Perak.Maka berlayarlah mereka ke Perak dan Raja Muzaffar menjadi Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Shah. - Bersambung...

Daripada Buletin At-Terawis(Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia).

PERSELISIHAN ANTARA SULTAN MUZAFFAR DENGAN
TUN SABAN

Sebelum Perak memakai Sultan,terdapat beberapa orang pembesar yang memerintah jajahan-jajahan di Perak. Antaranya Tun Saban yang menguasai sebahagian besar negeri Perak terutamanya dibahagian Hulu Perak. Menurut riwayat,Sultan Muzaffar Shah telah menghantar rombongan untuk meminang Tun Merah. Walau bagaimanapun,pinangan ini ditolak oleh Tun Saban kerana Sultan Muzaffar sudah pun beristerikan Tun Terang dan anaknya Tun Merah hanya dijadikan gundik(bukan isteri pertama).
Sultan Muzaffar telah murka dengan tolakan ini dan seterusnya menghantar orang menculik Tun Merah.Penculikan ini telah menimbulkan kemarahan Tun Saban. Maka terjadilah satu peperangan saudara yang dahsyat di bumi Perak antara Sultan Muzaffar dengan Tun Saban. Ternyata kedua-dua belah pihak mempunyai kekuatan yang sama- dan masing-masing enggan mengalah.

TAWARAN JAWATAN BENDAHARA

Perkara pertama yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar sewaktu menjadi Sultan Perak ialah melantik Seri Akar Diraja Tun Mahmud anak Paduka Tuan Tun Isap Berakah menjadi Bendahara di Perak. Walau bagaimanapun,perlantikan ini tidak mendapat persetujuan Sultan Johor yang menganggap negeri Johor merupakan kesinambungan kesultanan Melayu Melaka dan bukannya Perak: dan baginda Sultan Johor menitahkan supaya Tun Mahmud dibawa ke Johor untuk berkhidmat dengan kerajaan Johor. Oleh itu,jawatan Bendahara ditinggalkan kosong.
Ditambah pula dengan krisis Sultan Perak dengan Tun Saban,maka baginda Sultan Muzaffar Shah menawarkan gelaran Orang Kaya Bendahara kepada sesiapa sahaja yang dapat menewaskan Tun Saban dan sterusnya menamatkan peperangan saudara itu.
Terlalu ramai yang berminat tetapi masing-masing tidak berani bersemuka dengan Tun Saban. Walau bagaimanapun,cabaran ini disahut ole Megat Terawis. Terdapat beberapa versi mengenai pertemuan Megat Terawis dengan Tun Saban.

Versi Pertama:
Megat Terawis telah menembak Tun Saban dengan menggunakan istinggar(pada zaman itu,hanya kerabat diraja sahaja yang mampu menggunakan istinggar).Tembakan itu telah mengena Tun Saban tetapi tidak membunuhnya.Di peluru tersebut ada tertulis - 'ini adalah peluru anak raja Pagar Ruyung,di mana ianya jatuh,di situ tuannya menjadi tuan'. Maka Tun Saban tahu bahawa ajalnya sudah tiba dan meminta supaya sebelum beliau meninggal dunia,Megat Terawis dikahwinkan dengan anaknya yang bernama Tun Bongsu Bangsawan.

Versi Kedua:
Pasukan Megat Terawis dan Tun Saban bertempur.Dan dalam pertempuran yang sengit itu,Megat Terawis telah berjaya membunuh Tun Saban dan seterusnya menamatkan peperangan.
Walau apa pun versi yang dipercayai,fakta yang diterima umum adalah Tun Saban telah tewas dalam peperangan ini (tetapi tidak semestinya beliau mati di dalam peperangan) dan Megat Terawis merupakan orang yang bertanggungjawab menamatkan peperangan antara Sultan dengan Tun Saban. Ini terbukti apabila Megat Terawis dikurniakan gelaran Bendahara Paduka Raja oleh Sultan Muzaffar Shah.

Daripada Buletin At-Terawis (Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia)

PEMBAHARUAN (TAJDID) KETUANAN BANGSA MELAYU

Dengan nama Allah yang amat pengasih dan amat penyayang.

Keturunan bangsa Melayu yang sentiasa beragama Islam sepanjang masa hingga ke akhir zaman akan tetap mempertahankan agama yang suci ini.

Walau pun berbagai perubahan belaku dari zaman ke zaman,namun kita bangsa Melayu tidak boleh kecundang dengan perubahan palsu yang boleh memusnahkan kekuatan adat,kepercayaan kepada tuhan,kesetiaan kepada raja dan negara yang tercinta.

Tetapi Perubahan (Tajdid) yang perlu bangsa Melayu lakukan adalah dengan menjauhi dari kehilangan semangat bangsa Melayu itu sendiri.

Mungkin bangsa Melayu terlalu terhibur dengan rentak sandiwara yang sedang dipertontonkan oleh dalang yang ada kepentingan diri sendiri.
Mereka hanya mahu memperjudikan nasib bangsa Melayu dengan alasan sistem demokrasi yang ada.
Kononnya untuk mengeratkan perpaduan demi untuk memerintah negara yang tercinta.Apakah itu saja yang mereka ingini? Apa yang akan terjadi nanti apabila kuasa sudah didalam genggaman mereka?.

Mahukah bangsa Melayu terpinggir dan menjadi hamba kepada mereka? Dimanakah ketuanan bangsa Melayu yang kita warisi selama ini.Bukankah ini asalnya negeri Tanah Melayu kepunyaan kita dari nenek moyang kita turun temurun.? Apakah kita mahu melepaskanya begitu saja dan sanggup biarkan anak cucu kita hidup menumpang ditanah ayer sendiri?.

Bagaimana kita mahu memperjuangkan Pembaharuan (Tajdid) bagi memperkasakan kuasa ketuanan kita?

Bangsa Melayu perlu bangkit semula dengan azam yang kuat untuk bersatu sesama bangsa dengan kekuatan agama Islam yang ada dalam negara kita.

Bangsa Melayu perlu maju didalam semua bidang walaupun memakan masa yang panjang untuk mencapainya.

Bangsa Melayu perlu menghakiskan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.Segala yang hendak dilakukan hendaklah demi untuk bangsa sendiri dahulu.

Bangsa Melayu mesti mentadbirkan kuasa mengikut undang-undang Islam untuk semua warganegara Malaysia.

Bangsa Melayu mesti menjadi tuan bagi memerintah negara yang tercinta ini dengan penuh keadilan.

Hanya Bangsa Melayu menerajui pemerintahan negara ini sepanjang masa dengan corak keamanan dan keselesaan untuk semua warganegara.

Bangsa Melayu akan memberi kebebasan untuk bangsa lain mencari rezeki masing-masing dengan secara halal sahaja.

Bangsa Melayu akan memberi peluang kepada bangsa lain hidup bebas dengan fahaman budaya dan kepercayaan agama masing-masing.

Bangsa Melayu akan bekongsi peluang-peluang rezeki umum dengan bangsa lain tanpa menjejaskan hak kepentingan bangsa Melayu sendiri.

Ketuanan Bangsa Melayu akan berdiri teguh dipersada antarabangsa dengan taraf bangsa Melayu yang tinggi pencapaiannya.

BANGSA MELAYU TIDAK AKAN HILANG DIDUNIA.

11 ulasan:

  1. KERIS TAMING SARI

    Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka,yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.
    Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas.Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar diudara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh.Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda.Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera.Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anaknda baginda Raja Mudzaffar Shah,yang kemudiannya berangkat ke Perak.

    Pada masa ini Keris Taming Sari adalah menjadi alat-alat Kebesaran Negeri Perak.

    BalasPadam
  2. KRIS TAMING SARI (ENGLISH VERSION)

    This Kris was the symbol of Office of the Chief Warrior of Malacca,the post of which was last held by the great Malay Warrior of the fifteenth century,Hang Tuah.
    The entire sheath is enveloped with golden leaves.The Kris is said to possess a supernatural ability to rotate through the air in pursuit of its target.It is believed that Hang Tuah had handed the Kris to Tun Mamat to deliver it to the Sultan of Malacca,after having failed to bring back the Princess of Mount Opir(Gunung Ledang)for the Sultan.
    During the Portugese invasion,Sultan Mahmud brought the Kris along with him in his escape to Kampar,Sumatra.He later bestowed the Kris on his son,Raja Mudzaffar,whom he commanded to become the first Sultan of Perak.Raja Mudzaffar brought the Kris along with him to Perak and since then it was become one of the Article of the State Regalia.

    BalasPadam
  3. MEGAT TERAWIS -Bendahara Paduka Raja Perak

    Asal Usul Megat Terawis

    Nama sebenarnya ialah Megat Terawis Ibni Almarhum Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung Megat Terawan.Beliau berasal dari keluarga diraja Pagar Ruyung dan menetap di Kampar.(Kerabat diraja Kampar berasal dari kerabat diraja Pagar Ruyung juga).Sewaktu di Kampar,beliau menjadi seorang pendidik ilmu peperangan terutamanya ilmu persilatan.
    Isterinya bernama Puteri Ratna Seri Bani-juga seorangkerabat diraja Pagar Ruyung.Hasil daripada perkahwinan ini,maka lahirlah Puteri Ratna Kemala Jamilah.Puteri ini merupakan Permaisuri Pagar Ruyung kerana menjadi isteri kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung Sultan Alif Berkilap Alam Shah.
    Antara cucu-cucu Megat Terawis adalah Yamtuan Barandangan(kemudian Daulat Yang Dipertuan Paduka Seri Sultan Ahmad Alam Shah),Yamtuan Mangun(kemudian Daulat Yang Dipertuan Sultan Maharaja Diraja Alam Shah,Yamtuan Buyung(disebut Yamtuan Perak) serta Yamtuan Badrun Shah(kemudian Tuanku Raja Sumpur Raja Ibadat)

    Daripada susur galur ini,dapatlah disimpulkan bahawa Megat Terwais sudah pun mempunyai kedudukan sewaktu di Kampar kerana:

    1) beliau dan isteri sememangnya kerabat diraja
    Pagar Ruyung.
    2) beliau juga berbesan dengan Sultan Alif
    Berkilap Alam-Raja Alam Minangkabau yang
    begitu popular di zamannya.
    3) Keluarganya di Kampar memegang tampuk peme-
    rintahan di Pagar Ruyung.

    Dari Kampar ke Perak

    Sewaktu Sultan Mahmud Shah Melaka berpindah ke Kampar,keluarga Megat Terawis mempunyai hubungan yang rapat dengan kerabat diraja Melaka serta para pembesarnya.Megat Terawis sendiri bersahabat rapat dengan Raja Muzaffar.Apabila rombongan dari Perak yang diketuai oleh Tun Saban dan Nakhoda Kassim menjemput Raja Muzaffar untuk dirajakan di Perak,Raja Muzaffar telah meminta sendiri agar Megat Terawis serta isteri mengiringi baginda ke Perak.Maka berlayarlah mereka ke Perak dan Raja Muzaffar menjadi Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Shah. - Bersambung...

    Daripada Buletin At-Terawis(Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia).

    BalasPadam
  4. PERSELISIHAN ANTARA SULTAN MUZAFFAR DENGAN
    TUN SABAN

    Sebelum Perak memakai Sultan,terdapat beberapa orang pembesar yang memerintah jajahan-jajahan di Perak. Antaranya Tun Saban yang menguasai sebahagian besar negeri Perak terutamanya dibahagian Hulu Perak. Menurut riwayat,Sultan Muzaffar Shah telah menghantar rombongan untuk meminang Tun Merah. Walau bagaimanapun,pinangan ini ditolak oleh Tun Saban kerana Sultan Muzaffar sudah pun beristerikan Tun Terang dan anaknya Tun Merah hanya dijadikan gundik(bukan isteri pertama).
    Sultan Muzaffar telah murka dengan tolakan ini dan seterusnya menghantar orang menculik Tun Merah.Penculikan ini telah menimbulkan kemarahan Tun Saban. Maka terjadilah satu peperangan saudara yang dahsyat di bumi Perak antara Sultan Muzaffar dengan Tun Saban. Ternyata kedua-dua belah pihak mempunyai kekuatan yang sama- dan masing-masing enggan mengalah.

    BalasPadam
  5. TAWARAN JAWATAN BENDAHARA

    Perkara pertama yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar sewaktu menjadi Sultan Perak ialah melantik Seri Akar Diraja Tun Mahmud anak Paduka Tuan Tun Isap Berakah menjadi Bendahara di Perak. Walau bagaimanapun,perlantikan ini tidak mendapat persetujuan Sultan Johor yang menganggap negeri Johor merupakan kesinambungan kesultanan Melayu Melaka dan bukannya Perak: dan baginda Sultan Johor menitahkan supaya Tun Mahmud dibawa ke Johor untuk berkhidmat dengan kerajaan Johor. Oleh itu,jawatan Bendahara ditinggalkan kosong.
    Ditambah pula dengan krisis Sultan Perak dengan Tun Saban,maka baginda Sultan Muzaffar Shah menawarkan gelaran Orang Kaya Bendahara kepada sesiapa sahaja yang dapat menewaskan Tun Saban dan sterusnya menamatkan peperangan saudara itu.
    Terlalu ramai yang berminat tetapi masing-masing tidak berani bersemuka dengan Tun Saban. Walau bagaimanapun,cabaran ini disahut ole Megat Terawis. Terdapat beberapa versi mengenai pertemuan Megat Terawis dengan Tun Saban.

    Versi Pertama:
    Megat Terawis telah menembak Tun Saban dengan menggunakan istinggar(pada zaman itu,hanya kerabat diraja sahaja yang mampu menggunakan istinggar).Tembakan itu telah mengena Tun Saban tetapi tidak membunuhnya.Di peluru tersebut ada tertulis - 'ini adalah peluru anak raja Pagar Ruyung,di mana ianya jatuh,di situ tuannya menjadi tuan'. Maka Tun Saban tahu bahawa ajalnya sudah tiba dan meminta supaya sebelum beliau meninggal dunia,Megat Terawis dikahwinkan dengan anaknya yang bernama Tun Bongsu Bangsawan.

    Versi Kedua:
    Pasukan Megat Terawis dan Tun Saban bertempur.Dan dalam pertempuran yang sengit itu,Megat Terawis telah berjaya membunuh Tun Saban dan seterusnya menamatkan peperangan.
    Walau apa pun versi yang dipercayai,fakta yang diterima umum adalah Tun Saban telah tewas dalam peperangan ini (tetapi tidak semestinya beliau mati di dalam peperangan) dan Megat Terawis merupakan orang yang bertanggungjawab menamatkan peperangan antara Sultan dengan Tun Saban. Ini terbukti apabila Megat Terawis dikurniakan gelaran Bendahara Paduka Raja oleh Sultan Muzaffar Shah.

    Daripada Buletin At-Terawis (Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia)

    BalasPadam
  6. PEMBAHARUAN (TAJDID) KETUANAN BANGSA MELAYU

    Dengan nama Allah yang amat pengasih dan amat penyayang.

    Keturunan bangsa Melayu yang sentiasa beragama Islam sepanjang masa hingga ke akhir zaman akan tetap mempertahankan agama yang suci ini.

    Walau pun berbagai perubahan belaku dari zaman ke zaman,namun kita bangsa Melayu tidak boleh kecundang dengan perubahan palsu yang boleh memusnahkan kekuatan adat,kepercayaan kepada tuhan,kesetiaan kepada raja dan negara yang tercinta.

    Tetapi Perubahan (Tajdid) yang perlu bangsa Melayu lakukan adalah dengan menjauhi dari kehilangan semangat bangsa Melayu itu sendiri.

    Mungkin bangsa Melayu terlalu terhibur dengan rentak sandiwara yang sedang dipertontonkan oleh dalang yang ada kepentingan diri sendiri.
    Mereka hanya mahu memperjudikan nasib bangsa Melayu dengan alasan sistem demokrasi yang ada.
    Kononnya untuk mengeratkan perpaduan demi untuk memerintah negara yang tercinta.Apakah itu saja yang mereka ingini? Apa yang akan terjadi nanti apabila kuasa sudah didalam genggaman mereka?.

    Mahukah bangsa Melayu terpinggir dan menjadi hamba kepada mereka? Dimanakah ketuanan bangsa Melayu yang kita warisi selama ini.Bukankah ini asalnya negeri Tanah Melayu kepunyaan kita dari nenek moyang kita turun temurun.? Apakah kita mahu melepaskanya begitu saja dan sanggup biarkan anak cucu kita hidup menumpang ditanah ayer sendiri?.

    Bagaimana kita mahu memperjuangkan Pembaharuan (Tajdid) bagi memperkasakan kuasa ketuanan kita?

    Bangsa Melayu perlu bangkit semula dengan azam yang kuat untuk bersatu sesama bangsa dengan kekuatan agama Islam yang ada dalam negara kita.

    Bangsa Melayu perlu maju didalam semua bidang walaupun memakan masa yang panjang untuk mencapainya.

    Bangsa Melayu perlu menghakiskan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.Segala yang hendak dilakukan hendaklah demi untuk bangsa sendiri dahulu.

    Bangsa Melayu mesti mentadbirkan kuasa mengikut undang-undang Islam untuk semua warganegara Malaysia.

    Bangsa Melayu mesti menjadi tuan bagi memerintah negara yang tercinta ini dengan penuh keadilan.

    Hanya Bangsa Melayu menerajui pemerintahan negara ini sepanjang masa dengan corak keamanan dan keselesaan untuk semua warganegara.

    Bangsa Melayu akan memberi kebebasan untuk bangsa lain mencari rezeki masing-masing dengan secara halal sahaja.

    Bangsa Melayu akan memberi peluang kepada bangsa lain hidup bebas dengan fahaman budaya dan kepercayaan agama masing-masing.

    Bangsa Melayu akan bekongsi peluang-peluang rezeki umum dengan bangsa lain tanpa menjejaskan hak kepentingan bangsa Melayu sendiri.

    Ketuanan Bangsa Melayu akan berdiri teguh dipersada antarabangsa dengan taraf bangsa Melayu yang tinggi pencapaiannya.

    BANGSA MELAYU TIDAK AKAN HILANG DIDUNIA.

    BalasPadam
  7. Salam Tuan, sudah tentu Megat Terwis tiada zuriat lelaki semasa di sana,sebab itulah tiada terdapat dalam salasilah kerabat pagar ruyong nama Megat,Megat ni ... setujukah tuan dgn saya.Adakah pihak disana bersetuju yg Megat Terawis ini adalah Kerabat mereka sehingga sekarang atau pun diiktiraf oleh kerabat2 sekarang,ingin penjelasan dari Tuan,jikalau sebaliknya minta penjelasan juga ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sistem warisan Pagar Ruyung adalah berasaskan Adat PERPATIH dimana susur galur Nasab perwarisan adalah mengikut ahli pewaris perempuan (perut suku) dan bukannya lelaki.

      Sekiranya Megat Terawis mempunyai waris anak perempuan maka besar kemungkinan salasilah nya masih bersambung sehingga kini.

      Wallahu alam

      Padam
  8. Assalamualaikum Tuan bolehlah sekiranya saya mohon talian untuk menghubungi empunya blog ini sekiranya di izinkan, terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian ilmu dan maklumat mengenai perkara diatas terutama mengenai Megat Terawis.. saya helmi merupakan cucu kepada Hj Mohd Nor Bin Jaafar. Arwah atok pernah menceritakan perkara ini kepada anaknya dan perkara ini terungkai setelah arwah meninggal. Cuma sepanjang hayatnya tidak pernah diceritakan secara jelas dan kebiasaan dalam bentuk kiasan. Oleh itu, saya berharap sangat dapat lebih dekat lagi untuk sy sendiri berkongsi dan bertanyakan soalan yang sy sendiri kurang jelas. Arwah atok dari Labis, Johor

    BalasPadam
  9. Boleh hubungi saya di talian 0193218030 Muhamad Helmi bin Adon (ingin mengetahui susur galur dengan lebih lanjut lagi)

    BalasPadam
  10. penggunaan istinggar adalah umum dalam Alam Melayu sewaktu peperangan. Sayang seribu kali sayang, ilmu petunang (peluru) dan pandai tukang istinggar Melayu sudah tidak ada sekarang

    BalasPadam