Sabtu, 23 Mei 2009

UNTUK TATAPAN GENERASI MUDA ANAK MELAYU

Wahai anak bangsa ku,demi untuk masa depan anak bangsa Melayu,janganlah kita terlalu leka degan keselesaan yang ada.Kamu hendaklah berwaspada dengan musuh bangsa yang hanya sentiasa mencari kesempatan untuk menindas segala yang kamu ada sekarang ini.Bukan senang datuk nenek moyang kamu hendak mecapai kesenangan dan keselesaan yang kamu nikmati ini. Janganlah kamu terikut dengan janji manis yang baru daripada musuh bangsa ini kerana mereka hanya mahu menghapuskan kekuatan dan keteguhan nilai bangsa Melayu yang sangat kuat didalam kesetian kepada rajanya,keimanan yang teguh dalam keislamanya dan ketaatan kepada adatnya yang amat murni.
Pilihlah jalan yang sedia ada yang telah membuktikan kesejateraan dan keharmonian hidupmu.
Cuma kamu perlu berkerja lebih kuat lagi untuk menandingi dengan yang lain semata untuk berdiri sama tinggi dengan mereka.Agar bangsa Melayu tidak dapat diperkecilkan oleh mereka.
Nyata kekuatan semangat mu akan sentiasa mempertahankan anak cucu bangsa mu.
BANGSA MELAYU TAK AKAN HILANG DIDUNIA.

3 ulasan:

  1. KATA-KATA HIKMAT DARI PUJANGGA

    'Anak laki-laki tak boleh dihiraukan panjang,hidupnya ialah buat berjuang,kalau perahunya telah dikayuhnya ketengah,dia tak boleh surut palang,meskipun bagaimana besar gelombang.Biarkan kemudi patah,biarkan layar robek,itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang.' - HAMKA

    BalasPadam
  2. MUAFAKAT ORANG MINANG

    'hereng dengan gendeng,ribut nan mendingin ,renggas nan melanting,dikaji adat dan lembaga,yang tidak lapuk dihujan,nan tidak lekang dipanas,jalan raya titian batu,nan sebaris tidak hilang nan sehuruf tidak lupa'

    BalasPadam
  3. WARISAN DARIPADA DATOK KU

    Ronsa Ronsi,Ronta Ronti,
    Aku Ronda KeRaja,Aku Sidang KeTuhan,
    Aku Anak Garman Jati,Jati Sejati Data Sedata.
    Kerayak Menjunjung Batu,KeDarat Menjunjung Gunung.Berjumpa DiBatu Bantu Hancur,Berjumpa Bangka ,Bangka Rungkat.Aku Anak Garman Jati.Jati Sejati,Data Sedata.-TOK WAN

    BalasPadam